Hattan tolak konsert Bruno Mars di Malaysia

Hattan tolak konsert Bruno Mars di Malaysia

bruno mars
HATTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Nak takut buat apa?”

Itu komen penyanyi, Datuk Hattan, 59, mengenai kelantangannya menolak penganjuran konsert bintang antarabangsa, Bruno Mars di negara ini.

Hattan berkata, kedatangan penyanyi itu ke Malaysia perlu ditentang disebabkan sokongan terbuka penyanyi tersebut kepada Israel.

“Kita tentang Israel, jadi kita harus juga tentang Bruno Mars kerana sokongannya kepada Zionis.

“Bagaimana kita boleh diamkan sedangkan artis antarabangsa yang menyokong kezaliman dan kekejaman Israel dijemput membuat konsert di negara ini?

“Saya tak boleh paksa orang lain untuk tentang, tapi saya tak boleh pendam. Apa lagi hendak diamkan perkara ini,” kata Hattan ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Penganjuran konsert penyanyi lagu Grenade itu yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil September ini mendapat tentangan dan kecaman daripada masyarakat tempatan susulan sokongan Mars terhadap Israel.

Bahkan penyanyi yang popular dengan lagu 24K Magic itu turut menyuarakan rasa cintanya ketika membuat konsert di Israel, tahun lalu.

Hattan dalam pada itu menyeru masyarakat agar bersama-sama menentang kedatangan penyanyi itu ke Malaysia.

“Saya yakin artis-artis Malaysia juga menentang kezaliman Israel. Jadi kita harus suarakan, tak perlu risau.

“Masakan kita boleh berdiam, setiap hari kita melihat orang Palestin dizalimi,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN