Hanya enam daripada 33 jenis sayur naik harga

Hanya enam daripada 33 jenis sayur naik harga

MOHAMAD Fadlee Hassan (kiri) meninjau bekalan sayuran-sayuran di Pasar Tani Kekal di Chendering, Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seba­nyak enam daripada 33 jenis sayur-sayuran mencatatkan peningkatan harga di peringkat pemborong di negeri ini selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan mulai Isnin lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Mohamad Fadlee Hassan berkata, harga enam jenis sayur-sayuran itu naik antara RM1 hingga RM3 sekilogram.

Katanya, enam jenis sayur tersebut ialah cili Kulai merah, cili hijau, daun bayam, daun sup, sawi hijau dan terung panjang.

Katanya, harga jenis sayur-sayuran lain pula masih kekal pada minggu ini.

“Harga cili Kulai merah naik daripada RM14 sekilogram kepada RM16 sekilogram, sawi hijau (RM3 sekilogran kepada RM5 sekilogram), cili hijau (RM9 sekilogram kepada RM10 sekilogram) dan daun bawang (RM12 sekiloram kepada RM14 sekilogram).

“Harga sayur-sayuran lain yang berlaku kenaikan di peringkat pemborong ialah daun sup (RM20 sekilogram kepada RM22 sekilogram), sawi hijau (RM5 sekiloram kepada RM7 sekilogram) dan terung panjang pula (RM5 sekilogram kepada RM7 sekiloram),” katanya selepas membuat tinjauan harga sayur-sayuran di Pasar Tani Kekal di Chendering, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Mohamad Fadlee berkata, kenaikan harga sayur-sayuran itu tidak melibatkan penyasaran subsidi diesel semata-mata, sebaliknya pe­r­mintaan yang tinggi di pasaran.

“Pengeluaran beberapa jenis sayur-sayuran itu didapati berkurangan berbanding pe­mintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan berlaku kenaikan harga di pasaran.” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, harga sayur-sayuran di peringkat runcit juga tidak menunjukkan kenaikan harga sehingga membebankan pengguna.

“Setakat ini, hanya satu daripada jenis sayur sahaja menunjukkan kenaikan harga di peringkat runcit iaitu cili merah minyak daripada RM12 sekilogram kepada RM14 sekilogram,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penia­ga sayur, Muhammad Saufi Abdul Sallam Zamri pula berkata, kebanyakan pemborong tidak menaikkan harga sayur-sayu­ran.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu memastikan pemborong tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sayur-sayuran berikutan pe­nyasaran diesel tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×