PETALING JAYA: Parti Hijau Malaysia (PHM) mengesa kerajaan Selangor memberi penerangan berhubung tiga dokumen hak milik tanah dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) pada 7 Mei lalu. Setiausaha PHM, Abdul Razak Ismail berkata, kerajaan Selangor wajar memaklum tujuan pemberian hak milik tersebut kerana jarang bangunan-bangunan milik kerajaan diberikan hak milik tanah. “Persoalannya, adakah kerajaan negeri merancang menjual plot-plot tanah tersebut pada masa akan datang dan…