GEORGE TOWN : Kegiatan seorang jurujual aksesori telefon bimbit yang mengedar pelbagai jenis dadah sejak April lalu terbongkar selepas dia ditahan polis dalam satu serbuan di daerah Timur Laut, di sini Jumaat lalu. Susulan penahanan suspek berusia 24 tahun itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM400,428. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 7 petang di sekitar kawasan pusat bandar…