Dua kaki judi EURO 2024 ditahan

Dua kaki judi EURO 2024 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki dicekup dipercayai terlibat dalam pertaruhan judi bola sepak Euro 2024 di medan selera di Jinjang dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Ketika ditahan, suspek sedang membuka laman web pertaruhan berkait judi bola sepak Euro 2024.

“Dipercayai mereka ini ialah pemain (player) bukan bookie. Susulan itu, kita merampas dua telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Ahmad Sukarno berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian aktiviti pertaruhan haram itu.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau.

“Keterangan suspek  telah direkodkan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1963.

“Polis mengesan terdapat segelintir individu menjadikan premis makanan sebagai tempat untuk membuat pertaruhan,” ujarnya. 

Tegas beliau, polis memberi amaran tegas dalam usaha membanteras kegiatan judi tidak berlesen dan orang ramai digesa untuk menyalurkan maklumat sebarang aktiviti perjudian untuk tindakan lanjut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini