PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnahnya di laman sosial beberapa hari lalu. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, memaklumkan sudah memaklumkan perkara itu kepada peguamnya. “Peguam saya sudah mengenal pasti individu tersebut dan akan hantar LOD (Letter of Demand atau surat tuntutan),” jelasnya. Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan komen seorang individu yang menuduhnya bermaksiat. Individu tersebut bertindak menukar gambar profil…










