BN bincang kerusi Sungai Bakap

BN bincang kerusi Sungai Bakap

ZAMBY dalam sidang media dan pra pelancaran Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Barisan Nasional ke-50, di sini hari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, sebaranng keputusan dibincang bersama-sama parti di bawah Kerajaan Perpaduan sepertimana yang telah disebutkan oleh Presiden BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, BN menggunakan kaedah hormat-menghormati dan perbincangan untuk keputusan bersama.

“Dalam keadaan sekarang, semua parti ada keinginan untuk meletakkan calon dan mewakili kerusi Sungai Bakap.

“Rangkaan awal perlu diperhatikan untuk pilihan raya akan datang dan kami telah melakukan persiapan awal untuk menghadapinya,” katanya dalam sidang akhbar dan pra pelancaran Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Barisan Nasional Ke-50 di sini, hari ini.

Untuk rekod, PRK Sungai Bakap berlaku ekoran kematian wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di kerusi itu, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Zambry berkata, dalam hasrat menetapkan calon bagi PRK Sungai Bakap kali ini, analisis awal perlu dibuat terhadap parti mana memiliki kerusi tersebut.

“Walaupun masing-masing ada pandangan untuk hadapi pilihan raya kali ini, keputusan yang sebaiknya akan dibuat oleh kepimpinan parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN