KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 24 Jun ini perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa. Hakim Rozina Ayob turut melapangkan tarikh perbicaraan esok selepas peguam Joshua Tay yang mewakili Wan Saiful, 47, memohon penangguhan perbicaraan kes berikutan peguam utama Amer Hamzah Arshad membawa ibunya ke hospital. “Saya juga memohon supaya tarikh…