Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda meninggal dunia

Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda meninggal dunia

Pengasas bersama G25, Noor Farida Ariffin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Berita dukacita itu dikongsikan  Setiausaha G25, Jasmine Zulkifli.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga Allahyarham, bahawa Noor Farida sudah  meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keluarganya akan membawa jenazah Allahyarham ke Masjid Kampung Baru,” katanya dalam pesanan ringkas.

Terdahulu, Noor Farida merupakan  seorang daripada pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Karier Noor Farida cemerlang dalam perkhidmatan awam termasuk sebagai hakim, penasihat undang-undang dan diplomat terutamanya sebagai duta Malaysia ke Belanda.

Selepas bersara pada 2012, Noor Farida mengetuai jawatankuasa pembaharuan undang-undang di Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini