MELAKA: Keputusan untuk melantik pelakon dari China, Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 langsung tidak bertepatan dengan matlamat pelaksanaan program itu sendiri. Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Bakri Jamaluddin berkata, ini kerana tujuan pelancong melawat sesebuah lokasi berikutan nilai budaya dan sejarah ketamadunan tempatan, bukannya untuk melihat budaya mereka diangkat di situ. BAKRI JAMALUDDIN Jelasnya, kerajaan negeri sepatutnya mengangkat artis tempatan bersopan santun dan berbudaya Timur berbanding…










