Adakah Anwar menipu isu MAHB?

Adakah Anwar menipu isu MAHB?

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyoal adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong di  Parlimen berhubung penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) kerana Hamas sendiri didakwa tidak melihat perkara itu sebagai isu.

Menurut beliau, di Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Anwar dipetik sebagai berkata bahawa Hamas tidak melihat sebarang isu dalam penjualan MAHB kepada GIP.

GIP yang  bakal diambil alih oleh Blackrock merupakan sebuah firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan didakwa membiayai Israel yang melakukan pembunuhan ke atas penduduk Palestin.

Bagaimanapun, menurut Presiden Bersatu pada hari berikutnya, Hamas dalam satu kenyataan menyebut hal yang sebaliknya.

“Anwar sebut di Parlimen siapa yang tolak penjualan saham MAHB kepada GIP lebih Hamas daripada Hamas. Anwar beritahu  Hamas tak ada masalah pun.

“Selepas itu Hamas keluar kenyataan menyokong semua tindakan memboikot Israel.

“Adakah Perdana Menteri berbohong di Parlimen,” soal Muhyiddin  di Facebook.

Kontroversi saham MAHB tercetus pada 15 Mei, apabila Khazanah Nasional Berhad mengumumkan Abu Dhabi Investment Authority dan GIP – melalui GIP Aurea Pte Ltd – akan membentuk konsortium untuk mengambil alih saham syarikat pengendali lapangan terbang itu.

Keputusan itu mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak selepas didapati Blackrock, sebuah syarikat yang disifatkan berkait dengan Israel sedang mengambil alih GIP.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan keputusan itu dengan berkata ekonomi Malaysia akan terjejas jika kerajaan membatalkan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

Anwar  juga memberitahu bahawa walaupun kedengaran bagus untuk membatalkan semua perjanjian dengan syarikat berkaitan Israel namun  langkah sedemikian adalah tidak realistik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×