KUALA LANGAT: Cubaan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyusup keluar dari negara ini gagal selepas dicekup di kawasan pantai Tanjong Rhu, Pulau Carey di sini, hari ini. Kesemua individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua hingga 49 tahun itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), kira-kira pukul 3 pagi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penahanan itu dilakukan selepas semua warga asing…