1,500 ekor kambing sudah ditempah untuk korban

1,500 ekor kambing sudah ditempah untuk korban

MUHAMAD Al Amin Osman bersama kambing yang ditempah untuk ibadat korban di Pusat Penyembelihan dan Ternakan Osman Goat di Kangkar Tebrau, Johor Bahru. – MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,500 ekor kambing ditempah oleh orang ramai sempena menyambut Aidiladha di Osman Goat, Kangkar Tebrau, di sini.

Pengurus Pusat Penyembelihan dan Ternakan Osman Goat, Muhamad Al Amin Osman, 22, berkata, tahun ini peningkatan korban sebanyak 70 peratus berbanding tahun lepas.

Menurutnya, peningkatan tinggi berbanding 580 tahun 2023 disebabkan kesedaran orang ramai untuk melakukan ibadah korban.

“Alhamdulillah tahun ini jumlah korban kambing semakin meningkat berbanding tahun lepas dan mula dibuka untuk tempahan sejak 1 Jun lalu.

“Kesemua kambing yang ditempah dijaga rapi mengikut prosedur operasi standard ditetapkan oleh Jabatan Veterinar dan dan Jabatan Agama Islam Johor,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Jelasnya, setiap kambing yang disembelih akan diambil sampel darah oleh Jabatan Veterinar bagi memastikan kambing sihat dari sebarang penyakit.

Katanya, pihak Jabatan Veterinar sentiasa memantau bagi memastikan kambing yang akan dibuat korban bebas daripada sebarang penyakit.

“Lima tukang sembelih di sini juga diberikan tauliah oleh jabatan agama,” ujarnya.

Al Amin menambah, harga seekor kambing bermula dari RM1,000 hingga RM1,800 bergantung pada berat kambing tersebut.

Empat baka kambing yang mendapat permintaan ialah dari baka Merinho, Dorper, Santa Innes dan Boer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN