Yusof Haslam, Fatimah tidak tahu Ira Kazar mengandung - Utusan Malaysia

Yusof Haslam, Fatimah tidak tahu Ira Kazar mengandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya tidak tahu, jangan tanya saya,”

Demikian respons penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam ketika mengulas mengenai dakwaan menantunya, Ira Kazar sudah berbadan dua.

Yusof berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kehidupan anak sulungnya, Syamsul Yusof, kerana sudah lama tidak berhubung.

“Saya dan dia (Syamsul) sudah lama tidak berhubung. Saya tak tahu. Jika saya cakap benda yang saya tak tahu, nanti lain pula ceritanya.

“Ini kali pertama saya dengar ( Ira mengandung). Kalau betul sekalipun, saya tetap tak boleh komen. Saya mahu jaga hati datin dan keluarga, katanya.

Penerbit filem Sheriff itu juga mengakui rimas terpaksa menjawab soalan bagi pihak Syamsul memandangkan anaknya itu enggan tampil memberi penjelasan.

“Jujur saya katakan, saya rimas. Tetapi, sebagai selebriti, kita tidak boleh membelakangkan wartawan. Bagaimanapun, jawapan itu tetap ada batasnya,” katanya.

Yusof ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Ngesot, di sini, semalam.

Tidak berniat membuka pekung keluarga, Yusof menegaskan tidak akan menipu media semata-mata untuk menjaga air muka anaknya.

“Bila media tanya, saya kena jawab dengan jujur. Bukan saya nak merendahkan anak saya. Saya sayang dia. Saya tidak mahu orang dan Syamsul salah tafsir.

“Semua orang tahu dia tak balik beraya. Jadi saya nak cakap macam mana? Semua kena terima realiti,” katanya.

Walaupun sudah lama tidak bertanya khabar, Yusof mengakui kasih sayangnya sebagai bapa tidak pernah berkurang.

“Sebagai bapa, saya sayangkan anak-anak. Filem baru dia pun akan keluar tidak lama lagi The Original Gengster, saya doakan yang terbaik.

“Sebagai bapa, saya bangga dengan kejayaan dia dan adiknya. Masing-masing meneruskan legasi sebagai pembikin filem,” katanya yang dikhabarkan kali terakhir berhubung dengan Syamsul setahun lalu.

Terdahulu, timbul khabar angin kononnya Syamsul mengalami alahan gara-gara isterinya, Ira Kazar sedang hamil anak pertama.

Syamsul berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Tindakan Syamsul membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menuntut cerai dan mereka sah berpisah talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya