Pesara kerajaan ditemukan lemas dalam sangkar ikan terbiar - Utusan Malaysia

Pesara kerajaan ditemukan lemas dalam sangkar ikan terbiar

ABDULLAH MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan yang sepatutnya hadir ke kenduri tahlil arwah bapa mertuanya selepas solat Zohor ditemukan lemas di dalam sangkar ikan terbiar di Kampung Gaung Pecong, dekat sini, hari ini.

Mayat mangsa, Abdullah Mamat, 51, yang merupakan bekas kakitangan Hospital Hulu Terengganu (HHT) di sini ditemukan penduduk kampung yang melalui lokasi tersebut kira-kira pukul 1.55 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, berdasarkan maklumat awal diperoleh mangsa ke kawasan tersebut untuk memancing dan berkemungkinan terjatuh ke dalam sungai.

“Kronologi serta masa sebenar mangsa ke tempat kejadian masih dalam siasatan. Lokasi kejadian terletak di kampung sama dengan rumah mangsa.

“Mangsa ditemukan dalam sangkar ikan terbiar oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa dibawa ke HHT untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN