PETALING JAYA: Wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! antara pengamal media yang memenangi Anugerah Media Cetak dan Portal Berita 2024 sempena Malam Anugerah Media Agrobank semalam. Wartawan Biro Negeri Sembilan Utusan Malaysia, Badrul Hafizan Mat Isa dinobatkan sebagai naib juara kategori rencana terbaik dan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM3,000. Kemenangan tersebut diperoleh menerusi artikel ‘Pengeluaran kutu air bersih tingkat kualiti industri akuakultur’ yang disiarkan di akhbar terbitan Media…










