Tular kejadian kepala air di Lata Iskandar, Lata Kinjang - Utusan Malaysia

Tular kejadian kepala air di Lata Iskandar, Lata Kinjang

KEJADIAN kepala air yang berlaku di Lata Kinjang, Tapah hari ini berikutan hujan lebat sejak semalam.- UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Kejadian kepala air berlaku di kawasan air terjun Lata Iskandar dan Lata Kinjang di sini hari ini ekoran hujan lebat selama beberapa jam pada pagi dan malam semalam.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan air sungai mengalir deras berbanding biasa.

Arus deras di Lata Kinjang yang membawa bersama kayu dan mengakibatkan beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung mengalami kerosakan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian kepala air itu melibatkan dua kawasan rekreasi pelancongan tersebut berlaku sekitar pukul 9 pagi tadi dan tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Bomba melakukan pemantauan berterusan sebagai langkah keselamatan. Kawasan itu mengalami hujan lebat sejak Ahad (semalam).

“Orang ramai dinasihatkam agar sentiasa berwaspada terutama ketika melakukan aktiviti rekreasi dan mandi di kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi memaklumkan tiada sebarang laporan bencana dan kemalangan jiwa diterima berkaitan kejadian kepala air itu.

Namun beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan amaran cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi memandangkan keadaan hujan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN