SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dikhabarkan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini. Sekiranya benar, Aminuddin bakal meninggalkan kerusi Sikamat yang disandangnya selamat empat penggal iaitu sejak 2008. Spekulasi itu semakin kuat kedengaran, apatah lagi Aminuddin ialah Ahli Parlimen Port Dickson dan juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Port Dickson. Bagaimanapun, Naib Ketua Cabang…










