PETALING JAYA : Tiada laporan diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhubung kejadian pemindahan minyak daripada kapal ke kapal (STS) yang membabitkan kapal yang berdaftar dari Iran ataupun yang membawa minyak dari negara itu di Perairan Wilayah Malaysia terutamanya di kawasan yang dibenarkan berlabuh. Perkara ini sekali gus menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa perairan Malaysia dan sekitar rantau ini digunakan sebagai lokasi untuk minyak Iran dijual kepada pembelinya…