Tahap kesedaran masyarakat lindungi penyu lemah

Tahap kesedaran masyarakat lindungi penyu lemah

KEADAAN bangkai penyu agar jantan dewasa yang ditemukan di Pantai Maras, Kuala Nerus, Terengganu, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tahap kesedaran orang awam berhubung tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terjumpa penyu atau apa-apa spesies haiwan terancam sama ada hidup atau mati di negara ini belum memuaskan.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, berdasarkan pemerhatiannya, orang awam belum mengetahui jabatan atau agensi manakah yang bertanggungjawab dalam menguruskan penemuan tersebut.

“Oleh itu, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan perlu memperhebat program kesedaran agar orang ramai tahu apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya menjumpai penyu atau spesies terancam yang lain di negara ini.

“Penemuan yang tidak dilaporkan ini berisiko menjejaskan rekod serta data yang berkait rapat dengan kajian susulan mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, semalam.

Semalam, satu lagi penemuan bangkai penyu Agar jantan dewasa direkodkan di Pantai Maras dekat Kuala Nerus.

Penemuan tersebut dilaporkan orang awam kepada polis yang kemudiannya menghubungi UMT untuk tindakan lanjut.

Ditanya mengenai trend penemuan bangkai penyu di Terengganu pada tahun ini, Mohd. Uzair berkata, jumlahnya lebih rendah berbanding data yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Kebanyakan penyu mati disebabkan kecuaian manusia seperti terperangkap dalam pukat dan perbuatan khianat manusia yang memukul penyu untuk mengambil telurnya.

‘Laporan yang pantas mampu menyelamatkan penyu yang masih hidup sekiranya kecederaan yang dialami tidak terlalu parah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN