MARANG: Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang menghantar kuih di sebuah gerai maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (KM) 13.5, Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang, Bukit Payong di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Razman Setapa berkata, kejadian pada pukul 11.50 pagi itu berlaku ketika kedua-dua mangsa, Che Roslan Ab. Manan, 58, dan isterinya, Siti Aishah Abu…