Suami isteri, anak saudara terperangkap dalam kejadian kepala air - Utusan Malaysia

Suami isteri, anak saudara terperangkap dalam kejadian kepala air

KEADAAN air sungai selepas kejadian kepala air di Lata Payong, Setiu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Sepasang suami isteri bersama seorang anak saudaranya berdepan detik cemas apabila terperangkap di tebing sungai akibat kepala air di Lata Payong, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintenden Burhanuddin Mustafa berkata, pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menerima maklumat berkenaan kira-kira pukul 5.20 petang semalam.

“Semasa kejadian satu keluarga yang terdiri daripada tiga lelaki dewasa, empat perempuan dewasa dan satu kanak-kanak sedang melakukan aktiviti riadah.

“Susulam insiden kepala air itu tiga daripadanya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor telah terperangkap, namun berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pada masa sama, katanya, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan berhati-hati dengan perubahan cuaca semasa ketika berkunjung ke kawasan rekreasi air terjun dan sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN