Seronok lihat anak jadi muzawwir

Seronok lihat anak jadi muzawwir

MOHD. Nasir Yusof (tengah) dan Ruzila Ab. Halim bersama anak mereka, Muhd. Atiqullah di ladang kurma di Madinah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Ibadah haji bagi Mohd. Nasir Yusof dan isteri, Ruzila Ab. Halim pada tahun ini cukup bermakna apabila dapat bertemu anaknya, Muhd, Atiqullah selepas lebih setahun berjauhan.

Pemergian ke tanah suci bagi pasangan suami isteri ini menjadi lebih manis apabila program ziarah khusus untuk jemaah haji turut dipimpin anaknya yang merupakan pelajar tahun kedua Universiti Islam Madinah.

Menurut Mohd. Nasir, dia sendiri terkejut dan tidak menyangka dapat bertemu anak­nya yang berkhidmat sebagai muzawwir untuk musim haji 1445H/2024M.

Malah menurut jemaah dari Kelantan ini, pertemuan dengan anaknya menjadi suratan takdir yang sudah tertulis lebih-lebih lagi selepas menolak tawaran haji pada tahun 2023.

“Kami sepatutnya menunaikan haji tahun lepas. Akan tetapi kami tolak atas sebab-sebab tertentu dan tidak sangka pula menerima sekali lagi tawaran pada tahun ini.

“Paling tidak disangka-sangka apabila saya sendiri tidak pernah pun membuat rayuan untuk pergi tahun ini. Inilah yang dikatakan sebagai suratan dan sudah menjadi ketentuan Allah SWT,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Anaknya Muhd. Atiqullah antara 88 penuntut Universiti Islam Madinah yang berkhidmat sebagai muzawwir yang berperanan peranan memberi penerangan kepada jemaah haji Malaysia ketika berkunjung ke tempat-tempat bersejarah di Madinah.

Sementara itu, Mohd. Nasir berkata, dia pernah membawa anaknya itu ke Madinah 10 tahun lalu sebagai hadiah kepadanya selepas berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

Dalam pada itu, Muhd. Atiqullah berkata, dia buat pertama kalinya menjadi muzawwir cukup terharu apabila mengetahui ibu-bapanya antara jemaah haji yang turut menyertai ziarah terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×