Seniman veteran hidup sebatang kara di masjid

Seniman veteran hidup sebatang kara di masjid

MOHAMED Ali Matab Din atau Ringo (kanan) menunjukkan kemahirannya bermain gitar sambil diperhatikan Pengerusi 99 Kesan, Muhd.Ali Zakariah semasa pertubuhan itu melawatnya di Masjid Raudhatul Mukminin Jalan Kapar, Klang, Selangor, semalam - MINGGUAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Nama Mohamed Ali Matab Din, 68, mungkin tidak sehebat pelakon popular era 1980-an, tetapi beliau pernah mewarnai industri filem dan drama sebagai pelakon pembantu dan tambahan.

Mohamed Ali yang dikenali dalam kalangan artis sebagai Ringo berkata, beliau telah lebih dua dekad bersara daripada dunia lakonan atas faktor usia dan kesihatan.

“Saya mula berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem Panglima Badul selepas dijemput arwah Hussein Abu Hassan untuk berlakon. Semasa itu saya bekerja sebagai penjaga parkir di Sungai Wang Plaza dan banyak bertemu dengan artis dan pengarah filem seperti Datuk Mustapha Maarof serta Datuk Yusof Haslam.

“Sejak itu saya mula aktif berlakon dalam filem, antaranya filem Jauh Di Sudut Hati, Wira Bumi, Bas Konduktor, Pendekar Mata Satu dan lain-lain. Saya juga pernah berlakon drama terbitan rangkaian TV termasuk drama bersiri popular Gerak Khas di bawah arahan Majid Salleh,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beliau ditemui di bilik sewanya di Masjid Raudhatul Mukminin Jalan Kapar, di sini ketika lawatan pertubuhan 99 Kesan di sini, semalam.

Ringo yang tinggal di bilik dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata, banyak pekerjaan yang dilakukannya selepas berhenti berlakon dan menjadi penyanyi kugiran kumpulan Generasi di Kuala Lumpur pada lewat 1990-an.

“Sejak bersara dari bidang seni 20 tahun lalu, saya melakukan pelbagai kerja seperti menjaga rumah hartawan dan memberi makan haiwan ternakan.

“Saya tinggal di sini sejak tiga tahun lepas setelah pulih dari kemalangan yang menyebabkan saya koma dan dirawat di dua hospital iaitu di Klang dan Kuantan Pahang. Selepas kemalangan fizikal saya tidak sekuat dahulu selain mempunyai masalah di mata kanan,” ujarnya.

Ringo yang masih bujang berkata, dia mencari nafkah dengan menjual barang kitar semula seperti botol plastik dan besi yang dikutip di sekitar kawasan Jalan Kapar tersebut.

Di yang turut aktif sebagai busker di lokasi tertentu tidak menyesali nasib yang menimpa dirinya sebagai seniman dan tidak mengharap belas ihsan. – UTUSAN
.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×