Semua pihak tidak dibenarkan ulas kes Sanusi hina Sultan Selangor

Semua pihak tidak dibenarkan ulas kes Sanusi hina Sultan Selangor

Sanusi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan semua pihak tidak mengulas kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga perbicaraan kes itu selesai.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin berkata, pihaknya menerima permohonan peguam yang mewakili Muhammad Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud yang memohon ‘gag order’ (perintah larangan bersuara) supaya semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kes itu.

“Saya mohon ‘gag order’ ini kerana ada pihak yang bercakap mengenai kes itu di luar mahkamah. 

“Manakala, anak guam saya tidak dapat mempertahankan dirinya kerana tertakluk pada perintah mahkamah, iaitu tidak boleh bercakap mengenai kes itu kerana menjalani sesi perbicaraan kes berkenaan,” katanya ketika sesi sebutan kes hasutan di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi, 50, ketika ini didakwa ke atas dua pertuduhan kerana telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pukul 11 malam pada 11 Julai 2023. 

Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Hakim turut meminta pihak pendakwaan untuk memberikan senarai dan penyata saksi kepada pihak pembelaan, selewat-lewatnya dua minggu sebelum hari pertama kes itu dibicarakan, iaitu 22 Julai ini.

Permohonan dua perkara itu diminta Awang Armadajaya bagi membolehkan pihaknya membuat penelitian sebelum kes tersebut mula dibicarakan.

“Anak guam saya merupakan seorang Menteri Besar dan lunas kerjanya menuntut beliau bertemu orang ramai hampir setiap hari. 

“Dengan adanya senarai saksi ini, anak guam saya boleh mengelak daripada bertemu individu yang menjadi saksi pihak pendakwaan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN