IPOH: Cubaan seorang wanita warga asing bersembunyi di bawah katil bagi mengaburi mata pihak berkuasa gagal apabila dia ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak awal pagi tadi. Wanita warga Indonesia berusia 39 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci itu menyembunyikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa dalam operasi bersepadu bermula pukul 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi. Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata, wanita itu antara 68…










