RANAU: Kerajaan negeri mengambil pelbagai inisiatif bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) hasil pertanian terutamanya padi bagi memperkukuhkan keterjaminan makanan di Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa pengurusan tertinggi di peringkat Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan bagi membincangkan dan menangani isu-isu berkaitan keterjaminan makanan. Pada masa ini, Sabah hanya mencapai tahap sara diri sebanyak 22.8 peratus sahaja dan selebihnya masih bergantung kepada…