Remaja 16 tahun maut dipercayai terjatuh dari Bukit Broga

Remaja 16 tahun maut dipercayai terjatuh dari Bukit Broga

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dalam gaung sedalam 10 meter ketika melakukan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih dekat sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian seorang mangsa sesat di Bukit Broga pada 4.08 petang, semalam. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, maklumat awal yang diterima oleh pemanggil yang dipercayai penjaga kepada mangsa melaporkan, remaja tersebut dipercayai sesat semasa sedang menjalankan aktiviti riadah bersama-sama serta dua rakannya.

Katanya, susulan itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih telah digerakan bagi gerakan mencari dan menyelamat selain dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malim Gunung, Ranjer Hutan, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Bomba Sukarela Serdang pada 4.15 petang. 

“Gerakan mencari dan menyelamat ini merangkumi pencarian dari puncak satu hingga ke puncak tiga seluas 1.5 kilometer (km).

“Kaedah yang digunakan dalam operasi tersebut adalah “Sweeping Searching” dari puncak tiga hingga ke pusat kawalan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, pencarian hari pertama ditangguhkan pada pukul 2.30 pagi.

Bagaimanapun, jelas beliau, mangsa ditemukan pada pukul 2.50 petang hari ini dari jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga dalam kedalaman 10 hingga 15 meter dari tebing. 

“Mangsa juga dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter. 

“Pada pukul 3.42 petang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN