Khai Xing-Aaron cipta kejutan, Sze Fei-Izzuddin turut mara

Khai Xing-Aaron cipta kejutan, Sze Fei-Izzuddin turut mara

Aaron Tai-Kang Khai Xing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Kang Khai Xing-Aaron Tai meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas membenam lawan masing-masing pada peringkat 32 terbaik Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo, Jepun, hari ini.

Pasangan profesional negara, Sze Fei-Izzuddin menewaskan beregu China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi yang menghuni ranking ke-30 dunia 22-20, 21-18 dalam masa 37 minit.

Ini merupakan kemenangan pertama beregu No. 6 dunia itu ke atas Ke Yuan-Xiang Yi dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada peringkat 16 terbaik, Khamis ini, juara Terbuka Indonesia itu bakal berdepan sama ada wakil tuan rumah, Keiichiro Matsui-Kenya Mitsuhashi atau beregu veteran Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi membabitkan Khai Xing-Aaron, beregu muda tersebut sekali lagi membuktikan mereka adalah ‘giant killer’ apabila mencipta kejutan ke atas pasangan handalan China, Chen Bo Yang-Liu Yi 11-21, 26-24, 21-15 dalam masa sejam.

Apa yang lebih manis, beregu ke-22 dunia itu berjaya membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada gandingan yang berada di tangga No. 8 dunia tersebut pada pusingan kedua All England, Mac lalu.

Kejayaan itu membolehkan Khai Xing-Aaron mengikat rekod pertemuan dengan Bo Yang-Liu Yi menjadi 1-1.

Di peringkat seterusnya, bekas juara remaja dunia itu akan menghitung pertemuan dengan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan yang merupakan gandingan No. 17 dunia.

Khai Xing-Aaron belum pernah bertemu dengan Jhe Huei-Po Hsuan dalam sebarang kejohanan antarabangsa sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini