Rakaman video lelaki berkelakuan tidak senonoh mirip Ebit Lew dimainkan di mahkamah

Rakaman video lelaki berkelakuan tidak senonoh mirip Ebit Lew dimainkan di mahkamah

EBIT Lew diiringi peguamnya, Ram Singh semasa tiba di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Rakaman video memaparkan seorang lelaki mirip Ebit Lew berkelakuan tidak senonoh antara empat klip yang dimainkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Saksi kesembilan iaitu pengadu memberitahu mahkamah bahawa dua daripada video yang dimainkan itu bukan panggilan video yang melibatkan dirinya. Dalam keterangannya, saksi memaklumkan bahawa rakaman video dengan aksi lelaki mirip Ebit yang berkelakuan tidak senonoh itu diterima selepas tersebar berita gangguan seksual membabitkan seorang pendakwah terkenal.

“Video (pertama) ini saya dapat selepas tersebar berita gangguan seksual dari seorang pendakwah terkenal. Video ini saya tengok lelaki tengah buat video call (panggilan video) dengan seorang perempuan dan perempuan itu bukan saya.

“Untuk video (ketiga), ini saya dapat selepas tersebar berita gangguan seksual dari pendakwah terkenal dan saya nampak dalam video ada rupa Ebit. Saya tidak nampak siapa video call dengan beliau dan itu bukan saya,” katanya semasa sesi pemeriksaan utama.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria sebelum itu memohon mahkamah untuk memainkan empat rakaman video yang bertanda P-34 (1) yang diperoleh daripada telefon bimbit saksi.

Mengenai dua video lain, saksi memberitahu mahkamah dalam video kedua, ia dirakam oleh saksi semasa hari terakhir sebelum saksi menyekat nombor telefon Ebit Kata saksi, dalam video itu ada suara Ebit minta tunjuk badan, buah dada dan kaki tetapi, saksi tidak tunjukkan. Bagi video keempat pula, saksi rakam teks yang Ebit didakwa kirimkan kepadanya sebelum saksi menyerahkan telefon bimbit kepada polis pada 7 Ogos 2021.

Terdahulu, pihak pembelaan mewakili Ebit turut membantah permohonan pendakwaan untuk menjadikan dokumen daripada Cyber Security Malaysia yang mengandungi mesej WhatsApp berunsur lucah sebagai bahan bukti.

Peguam mewakili Ebit, Datuk Ram Singh memohon kepada mahkamah agar dokumen tersebut dikekalkan sebagai ID dan bukan eksibit kerana saksi bukan individu bertanggungjawab dalam menyediakan laporan forensik digital berkenaan.

Malah, saksi mengaku telah membuat tangkap layar teks mesej dan mengirimkannya ke telefon lain maka, keaslian teks mesej berkenaan boleh dipertikaikan. Zahida kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa teks mesej tersebut diekstrak oleh Cyber Security Malaysia daripada telefon bimbit saksi dan bukannya daripada tangkap layar yang saksi ambil daripada telefonnya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret, Nur Asyraf Zolhani meminta kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujah masing-masing berkenaan dokumen tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya