PETALING JAYA: Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2024 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur, semalam. Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Penasihat DSA, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim. Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan mengadakan lawatan ke…










