Program Biasiswa Tunas Scholar sedia pekerja terlatih - Utusan Malaysia

Program Biasiswa Tunas Scholar sedia pekerja terlatih

AHMAD Samsuri Mokhtar (empat dari kanan) bergambar bersama penerima Biasiswa Tunas Sholar dan Pelancaran Biasiswa Tunas Scholar di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Program Biasiswa Tunas Scholar yang dilaksanakan oleh Terengganu Inc Sdn Bhd dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dijangka menyediakan 100 hingga 200 pekerja terlatih dalam tempoh satu hingga tiga tahun lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program itu melibatkan dana daripada Maidam, wakalah zakat dan dana bukan zakat.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu boleh meningkatkan rantaian nilai pendidikan dan kelestarian sektor kesihatan di Malaysia khususnya di Terengganu.

“Program Tunas Scholar adalah biasiswa tajaan pengajian program bagi Diploma Kejururawatan dan Diploma Fisioterapi khusus kepada anak-anak asnaf, fakir miskin dan fisabilillah di Terengganu.

“Program ini menawarkan inisiatif pembangunan insan melalui diploma kejururawatan dan diploma fisioterapi sebagai platform bagi mengatasi keperluan kekurangan petugas kesihatan di pasaran.

“Ia akan memberi nilai tambah kepada pelajar yang apabila tamat pengajian di Universiti Kolej Bestari untuk ditawarkan penempatan pekerjaan di mana-mana hospital Kumpulan Medic Iman (KMI Healthcare), tertakluk kepada prestasi pengajian mereka selama tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Terengganu Inc dan Yayasan Pendidikan Maidam di sini hari ini.

Sebanyak 1.3 juta diperuntukkan bagi tajaan program Biasiswa Tunas Scholar dengan kuota pelajar 20 orang setiap tahun.

Selain itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri sangat menghargai sumbangan besar Kumpulan Terengganu Inc dalam memajukan kebajikan dan pembangunan masyarakat di negeri ini.

“Kumpulan Terengganu Inc telah membelanjakan RM11 juta dalam pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun 2023 sebagai komitmen anak syarikat kerajaan negeri terhadap rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×