PRK ujian prestasi Kerajaan Selangor - Sock Tao - Utusan Malaysia

PRK ujian prestasi Kerajaan Selangor – Sock Tao

PRK ujian
PANG Sock Tao (tengah) bersama dengan Lim Guan Eng ketika ditemui pemberita dekat Rasa di Hulu Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: “Saya rasa Pilihan Raya Kecil (PRK) (Kuala Kubu Bharu) adalah (satu) ujian kepada kerajaan Selangor”.

Demikian kata calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang memaklumkan menjadi tanggungajawab beliau untuk pastikan dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Malah, beliau menepis dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan PRK Kuala Kubu Bharu merupakan referendum kepada kerajaan.

“Kita kena uji, tengok macam mana prestasi kerajaan Selangor yang selama ini amat cemerlang.

“Kerajaan negeri sekarang adalah yang paling banyak menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada negara,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, Sock Tao ditemani oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng semasa berkempen di Jalan Kuala Kali, Taman Rasa Jaya.

Untuk rekod, Sock Tao berdepan dengan tiga pencabar lain pada 11 Mei ini iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Mengulas lanjut, Sock Tao memberitahu, kerajaan Selangor menyediakan pelbagai inisiatif yang meliputi pelbagai lapisan dan menyeluruh.

“Kerajaan Selangor yang paling banyak dengan inisiatif kebajikan dan ada juga inisiatif untuk anak muda, program usahawan, latihan serta (untuk) golongan wanita.

“Daripada segi pelaburan pula ia meningkat setiap tahun. Jika itu adalah satu memorandum, sebab ini adalah kerusi DUN. Saya rasa ini haruslah menjadi satu memorandum (untuk) kita menguji prestasi yang amat cemerlang (dan) terbilang buat kerajaan Selangor,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN