PRK Kuala Kubu Bharu: Undi PN isyarat tolak kerajaan - Dominic - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Bharu: Undi PN isyarat tolak kerajaan – Dominic

Isyarat
DOMINIC Lau Hoe Chai bersama Khairul Azhari Saut berkempen dekat Kampung Baru Cina, Kerling di Hulu Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu digesa memilih calon Perikatan Nasional (PN) untuk memberi isyarat penolakan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, PN meletakkan calon, Khairul Azhari Saut merupakan seorang anak tempatan yang lebih memahami kehendak dan suara rakyat di Kuala Kubu Bharu.

Menurutnya, pemilihan pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor itu juga dibuat berdasarkan suara akar umbi yang mahu calon tempatan diangkat mewakili mereka.

“Untuk PRK Kuala Kubu Bharu kali ini, saya berharap pengundi memberi sokongan dan undian kepada PN kerana itu boleh menunjukkan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan perpaduan. 

“Menang atau kalah, ia tidak akan berubah kerajaan pusat dan kerajaan negeri tetapi bagi referendum kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang rakyat susah dan tidak mahu menyokong kerajaan sekarang. Penyokong dan ahli DAP sendiri mengatakan mereka tidak puas hati,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau turun berkempen dekat Kampung Baru Cina, Kerling di sini.

Dalam pada itu, Dominic Lau turut membidas kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyatakan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) akan menunjukkan kekuatan Kerajaan Perpaduan.

Jelwasnya, rakyat tidak mahu sekadar menunjukkan kekuatan, sebaliknya berharap dapat menyelesaikan kemelut kos sara hidup yang meningkat sebagai tanda prihatin kepada mereka khususnya di Kuala Kubu Bharu.

“Apa rakyat mahukan adalah kerajaan yang boleh menyelesaikan masalah-masalah rakyat pada masa sekarang iaitu harga barangan naik, cukai naik, harga minyak naik dan sebagainya.

“Menteri Perumahan dan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa PN hanya tahu serang kerajaan sahaja, sebaliknya kami menyuarakan dan membangkitkan masalah rakyat, bukannya serang,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN