PRK Kuala Kubu Bharu: Pembangkang boleh buat apa? - Guan Eng - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Bharu: Pembangkang boleh buat apa? – Guan Eng

Pembangkang
LIM Guan Eng ditemui pemberita dekat Rasa di Hulu Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menyifatkan pembangkang tidak akan membawa manfaat sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu berbanding Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan mampu memastikan pembangunan dan kemakmuran dinikmati oleh rakyat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu mengakui Kerajaan Perpaduan tidak sempurna di mana masih banyak perlu diperbaiki tetapi menegaskan hanya mereka mampu membuat sesuatu perubahan.

“Sekiranya pembangkang menang, apa yang mereka boleh buat? Selain daripada mungkin melepaskan geram sedikit.

“Tetapi lepas geram tidak akan isi perut, tidak membolehkan anda hidup lebih senang. Sebab itu kita kena sampaikan mesej pada rakyat, harap boleh fikir masak-masak,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu selain daripada Sock Tao turut sama bertanding adalah Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, beliau berharap pengundi-pengundi di Kuala Kubu Bharu memberi peluang kepada Sock Tao untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

“Jangan gunakan tempoh tiga tahun yang mana mereka akan hilang banyak peluang. Beri peluang kepada beliau (Sock Tao) untuk melaksanakan tugas. Sekiranya beliau tidak melaksanakan tugas dengan baik, tiga tahun lagi masih sempat, tidak lewat,” ujarnya.

Tambahnya, pengundi tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk menikmati hasil-hasil perubahan yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan.

“Sudah banyak yang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan, bukan saja peringkat Persekutuan tetapi peringkat negeri. Ini yang hendak ditegaskan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN