HULU SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) yakin kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu semalam tidak menjejaskan sokongan pengundi kepada parti walaupun jumlah undi yang diperolehi sedikit rendah berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu. Pengarah pilihan raya PN bagi PRK tersebut, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, faktor terbesar kepada keputusan pada pilihan raya itu adalah masalah peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu pada 61.51 peratus. Menurutnya, impak…










