PRK KKB: Pelik kalau undi pembangkang - Saarani - Utusan Malaysia

PRK KKB: Pelik kalau undi pembangkang – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pengundi Kuala Kubu Baharu perlu mengekalkan calon Kerajaan Perpaduan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada 11 Mei ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan menjatuhkan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Menurut beliau, wakil rakyat daripada blok kerajaan akan dapat memudah carakan urusan dengan kerajaan negeri berbanding wakil daripada blok pembangkang.

“Wakil rakyat ini akan bercakap bagi pihak kita, jumpa Menteri Besar, berucap dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, memohon dan merayu bagi pihak rakyat. Jadi sudah tentu kerajaan akan lebih mendengar sebab ia datang daripada wakil rakyat kerajaan.

“Saya pernah menjadi Ketua Pembangkang, walaupun saya jerit (selama) satu jam dalam sidang DUN Perak (dan) orang rakam tetapi kerajaan tidak beri perhatian pun.

“Sebab itu (datang daripada) pembangkang (jadi) pelik kalau pengundi di Kuala Kubu Baharu nak memilih pembangkang,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir, Kerling, di sini.

Untuk rekod, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan, Pang Sock Tao dalam saingan empat penjuru di PRK Kuala Kubu Baharu bagi menentang calon PN, Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon bebas, Nyau Ke Xin.

Dalam pada itu, Saarani yang juga merupakan Menteri Besar Perak itu berkata, pihaknya tidak akan membiarkan Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu begitu sahaja.

“Barisan Nasional (BN) Perak terpanggil untuk turut membantu rakan-rakan kita seperti mana pernah berlaku pada PRK Pulai dan PRK Simpang Jeram (yang ketika itu) bukan calon BN tetapi kita tetap membantu untuk memenangkan.

“Sebagai balasan, apabila BN bertanding di PRK Pelangai maka rakan-rakan kita dalam PH turut membantu untuk mengerakkan pengundi (dan) penyokongnya untuk memenangakan calon BN,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya