HULU SELANGOR: Kerajaan Perpaduan menafikan dakwaan mereka gagal dalam menguruskan negara seperti mana diserang oleh Perikatan Nasional (PN) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu. Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, pemimpin-pemimpin pembangkang sepatutnya mengemukakan bukti selepas mendakwa Kerajaan Perpaduan sudah gagal selepas mengambil alih pentadbiran negara. Menurutnya, sehingga kini tiada bendera putih yang dikibarkan sebagai tanda Kerajaan Perpaduan gagal, malah ia membuktikan kerajaan menjalankan tanggungjawabnya dengan…