Pokok tumbang: Mangsa layak terima faedah Perkeso

Pokok tumbang: Mangsa layak terima faedah Perkeso

STEVEN SIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden pokok tumbang di Jalan

Sultan Ismail, Kuala Lumpur kelmarin layak menerima faedah daripada Pertubuhan

Keselamatan Sosial (Perkeso).

 

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26 

adalah pencarum Perkeso bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017

(Akta 789) dan layak membuat tuntutan faedah PERKESO.

 

Beliau berkata, Abdul Hayyi yang baru mendirikan rumah tangga ini layak mendapat Faedah Hilang Upaya Sementara menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), iaitu cuti sakit dengan kadar RM41.33 sehari.

 

“Malah, Abdul Hayyi layak memohon faedah rawatan perubatan dan rawatan rehabilitasi, selain tuntutan Faedah Hilang Upaya Kekal sekiranya mengalami hilang upaya kekal,

 

“Abdul Hayyi cedera pada bahagian kepala, dada, lengan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Ziarah Prihatin ke kediaman ibu saudara

Abdul Hayyi, sambil menyampaikan sumbangan wakalah dan kotak prihatin Perkeso,

semalam.

 

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri PMgr Sr. Kamaruzzaman Mat Salleh; Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed. 

 

Mengulas lanjut, Steven Sim menzahirkan penghargaan kepada platform penyedia perkhidmatan, Grab Malaysia dan Kementerian Pengangkutan (MOT) atas inisiatif padanan caruman SKSPS menerusi Belanjawan 2024 yang melayakkan pencarum dalam kalangan penggiat sektor gig dilindungi Perkeso. 

 

Katanya, sinergi daripada kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Grab,

Perkeso dan MOT menyaksikan pemandu e-hailing yang sentiasa bersabung nyawa

mencari nafkah untuk keluarga mendapat perlindungan keselamatan sosial tepat pada

Masanya.

 

“Saya juga berhasrat menyantuni waris keluarga Allahyarham Md Rizal Atan, seorang

korban mangsa insiden pokok tumbang ini dalam tempoh terdekat.

 

“Sememangnya jaringan keselamatan sosial ini amat penting, termasuk individu bekerja

sendiri kerana malang tidak berbau dan perlindungan ini sekurang-kurangnya berupaya

memberi sokongan kewangan kepada pencarum atau waris sekiranya ditimpa bencana,”

katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN