Jordan sah tamatkan khidmat Sellami

Jordan sah tamatkan khidmat Sellami

Jamal Sellami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) secara rasmi mengumumkan perpisahan dengan ketua jurulatih kebangsaan, Jamal Sellami susulan penyingkiran awal pasukan itu dalam kempen Piala Dunia 2026.

Presiden JFA, Putera Ali bin Al Hussein berkata, Sellami yang membawa Jordan melakar sejarah layak ke Piala Dunia buat kali pertama, telah menamatkan tugasnya selepas pasukan itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam saingan Kumpulan J.

Jordan tewas dalam ketiga-tiga perlawanan menentang Austria, Iraq dan Argentina sekali gus menamatkan cabaran mereka lebih awal daripada kejohanan berprestij itu.

“Sebagai perjalanan anda bersama pasukan kebangsaan Jordan berakhir, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha, dedikasi serta sumbangan besar anda dalam membawa Jordan ke pentas Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah,” kata Putera Ali menerusi hantaran di platform X.

Sellami, yang dilantik sebagai ketua jurulatih pada Jun 2024, bagaimanapun sempat mencipta kejayaan tersendiri apabila membawa Jordan mara ke final Piala Arab 2025 sebelum tewas 3-2 kepada Maghribi.

Sebagai menghargai jasa dan pencapaiannya, Sellami turut dianugerahkan kewarganegaraan Jordan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN