PM hadiri majlis sambutan hari raya Parlimen Tambun - Utusan Malaysia

PM hadiri majlis sambutan hari raya Parlimen Tambun

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan pengunjung Majlis Santunan Aidilfitri peringkat Parlimen Tambun di Padang RPT Jelapang Baru di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim. menghadiri majlis sambutan hari raya di Gugusan Manjoi di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung.

Perdana Menteri tiba pada pukul 1 petang disambut meriah oleh tetamu yang hadir dalam majlis itu, yang dinamakan sebagai Majlis Santunan Aidilfitri peringkat Parlimen Tambun di Padang RPT Jelapang Baru.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan De Fam dan Ahmad Yasin Ahmad Jais.

Malah, Anwar turut sama menyanyikan lagu Azizah ketika dinyanyikan oleh Ahmad Yasin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, meluangkan masa selama 30 minit dan sempat beramah mesra dengan pengunjung sebelum beredar.

Dalam majlis itu juga, duit raya diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas berusia 60 tahun ke atas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN