KULIM: Seorang pesakit kanser darah tidak menyedari rumahnya di Kampung Padang Limau, Karangan di sini dilanda banjir sehingga dimaklumkan ibu saudara yang menghubunginya beberapa kali. Menurut Nik Suria Jusoh, 49, yang merupakan ibu tunggal, ketika kejadian dia tertidur kerana kesan ubat yang diambil kira-kira pukul 7 malam. “Saya terkejut sebaik ibu saudara, Jamaliah Bakar beritahu kawasan rumah saya dinaiki air akibat hujan lebat sejak pukul 4 petang. Semasa tersedar, air…










