KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan sedang dan akan menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di Sabah pada tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, setakat empat bulan pertama tahun ini, tiga klinik telah siap dinaik taraf manakala 55 klinik lagi dalam proses pelaksanaan. Beliau berkata, sejumlah RM21.5 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja menaik taraf tersebut. “Itu komitmen untuk menangani klinik-klinik daif dan ada yang sedang dalam pembinaan untuk kita siapkan sebelum…