BALIK PULAU : Lapan individu telah direkod keterangan mereka bagi membantu siasatan berhubung satu mesej kontroversi seperti mempersendakan Islam pada resit yang dimasukkan seorang pelanggan di restoran menjual piza di Bayan Lepas. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, antara yang direkod termasuk dua orang pekerja restoran tersebut. “Setakat ini lapan individu telah direkodkan keterangan mereka dengan dua daripadanya adalah pekerja restoran. “Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan,”…