Perkasa tetap boikot produk Israel 

Perkasa tetap boikot produk Israel 

Irwan Fahmi Ideris
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tetap dengan pendiriannya untuk terus memboikot produk keluaran syarikat yang berkaitan Israel sebagai membantah kezaliman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata, Perkasa akan terus menyokong pembebasan Palestin dengan bersolidariti bersama rakyat negara itu melalui jihad memboikot segala produk dari syarikat yang menyalurkan sumbangan kewangan kepada Rejim Zionis Israel.

Katanya, pertubuhan itu juga melahirkan rasa hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Perak mengeluarkan Teks Khutbah Jumaat yang menyeru umat Islam di Malaysia untuk berhenti melancarkan kempen boikot terhadap syarikat berkenaan atas nama keadilan.

“Di manakah tahap kesedaran yang ada pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) apabila isu sensitiviti umat Islam cuba dihapuskan? Apakah jihad kita kepada rakyat Palestin selain daripada berdoa tentang keselamatan negara Palestin? 

“Adakah memboikot produk kepada syarikat yang menyalurkan sumbangan kewangan kepada syarikat pro-Israel Israel juga tidak dianggap sebagai jihad orang Islam di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Irwan Fahmi, penindasan Israel terhadap rakyat Palestin telah membuka mata seluruh umat Islam untuk turut menyatakan solidariti bagi menentang kezaliman itu.

Teks rasmi khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) semalam antara lain menjelaskan tentang seruan Mufti Perak Wan Zahidi Wan Teh agar umat Islam menghentikan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu.

Khutbah itu menyatakan bahawa tindakan boikot harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan tersebut berlawanan dengan keadilan Islam.

Sehubungan itu, Irwan berkata, Perkasa berharap pihak istana dapat memainkan peranan untuk menasihatkan pihak Jabatan Agama Islam Perak agar lebih berhati hati membuat Teks Khutbah Jumaat. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN