Jangan sampai aku buka cerita sampai episod empat - Dayana Roza - Utusan Malaysia

Jangan sampai aku buka cerita sampai episod empat – Dayana Roza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Dayana Roza berang dengan tindakan seorang individu bersikap narsistik yang didakwa sengaja mereka-reka cerita di belakangnya demi menutup kesalahan sendiri.

Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 35, berkata, dia sudah hilang sabar mendiamkan diri terhadap cara individu tersebut yang cuba mendapat tarikan orang sekeliling.

Menurutnya, golongan yang mempunyai personaliti sedemikian selalunya tidak pernah menyedari kesilapan diri sendiri dan sering menolak untuk mengaku salah apabila ditanya.

“Orang narsistik ini memang pandai buat kita nampak gila kan? Depan-depan penakut tetapi belakang bukan main hebat cerita dia.

“Kesian perlu buat cerita sana sini untuk tutup kesalahan dia dan mahu sokongan daripada semua orang. Tak pernah sedar diri itu salah langsung, lepas itu bila tanya tidak mengaku pula,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, akibat perbuatan berterusan pihak berkenaan, Dayana menegaskan bahawa kesabarannya sudah berada di tahap yang paling maksimum.

“Dan orang macam ini mendambakan pengesahan dan apa yang dia cakap fasal orang itu sebenarnya diri dia sendiri yang dia tidak sedar. Aku ini sudah penat diam.

“Jangan sampai aku buka segala episod sampai musim keempat. Jangan,” tegasnya.

Namun begitu, Dayana memilih untuk tidak mendedahkan identiti sebenar individu yang dimaksudkan itu.

Untuk rekod, Dayana Roza merupakan pelakon yang mula mencipta nama menerusi program pencarian bakat Anak Wayang pada tahun 2009.

Pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini juga telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A’dale Adham Ayahudin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN