Ribuan hektar tanah TOL dijual di Selangor - Utusan Malaysia

Ribuan hektar tanah TOL dijual di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ada 8 Julai 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan ribuan hektar tanah Kerajaan Negeri Selangor yang diberi taraf lesen sementara (TOL) kepada orang Melayu dikatakan telah bertukar tangan kepada orang-orang asing.

Kejadian ‘menjual’ tanah-tanah TOL oleh orang-orang Melayu ini berlaku hampir di semua daerah di Selangor, terutamanya di Daerah Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Klang.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Julai 1982 – Baginda Sultan Selangor bakal menjalani pembedahan mata kirinya di Overlake Memorial Hospital, Amerika Syarikat pada 22 Ogos depan.
  • 8 Julai 1983 – Parti Hisbul Muslimin Malaysia (HAMIM) bakal ditubuhkan secara rasmi di negeri Perlis tidak lama lagi, tegas ahli jawatankuasa Majlis Perhimpunan Pusat (MPP), Ahmad Long.
  • 8 Julai 1985 – Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang berunding dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi mendapatkan kawasan tambahan seluas 500 ekar bagi meluaskan lagi kawasan kampus tetapnya di Sintok.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN