Jangan lompat papan iklan - Tuchel

Jangan lompat papan iklan – Tuchel

TUCHEL memantau sesi latihan England menjelang aksi suku akhir Piala Dunia 2026.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain England dilarang melompat melepasi papan iklan di tepi padang selepas Jordan Henderson mengalami kecederaan serius ketika meraikan kemenangan ke atas Mexico pada Piala Dunia.

Pemain tengah Brentford itu dijangka menjalani pembedahan akibat kecederaan pada pergelangan tangan yang dialaminya selepas England menewaskan Mexico 3-2 di Stadium Azteca.

Kecederaan itu turut menyebabkan Henderson berdepan kemungkinan besar terlepas baki saingan kejohanan.

Pemain berusia 36 tahun itu terjatuh dalam keadaan tidak sempurna ketika cuba melompat melepasi papan iklan sewaktu meraikan kemenangan England sebelum terpaksa dibawa keluar menggunakan pengusung.

Difahamkan, pengurus England, Thomas Tuchel mengarahkan semua pemainnya supaya tidak mengulangi tindakan itu bagi mengelakkan insiden sama berulang dan merugikan pasukan.

Mengulas mengenai kejadian menimpa Handerson, Tuchel selepas perlawanan berkata, pemain itu tercedera di pergelangan tangan dan memerlukan rawatan di hospital.

“Jordan terjatuh dan cedera di pergelangan tangannya. Keadaannya nampak agak serius. Ia kecederaan yang teruk dan langsung tidak sesuai dengan kegembiraan mara ke suku akhir kerana Jordan kini tidak bersama kami.

“Doktor memaklumkan dia kini berada di hospital,” kata Tuchel.

Henderson, yang ditemani seorang anggota pasukan perubatan England, masih berada di hospital di Mexico City dan tidak pulang bersama skuad ke kem latihan mereka di Kansas City.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN