SEREMBAN: Penduduk di kawasan perumahan Vila Bukit Negeri, Senawang di sini bimbang dengan masalah hakisan dan mendapan tanah di belakang rumah mereka yang turut dipercayai menjadi punca kepada masalah keretakan dinding rumah. Menurut penduduk, masalah tersebut membabitkan lapan buah rumah dan mula dikesan sejak seminggu lalu. Keadaan hujan lebat yang sering berlaku kebelakangan ini dibimbangi boleh menyebabkan perkara lebih buruk sekiranya tindakan segera tidak diambil pihak berkaitan. Seorang penduduk, Osrizam…










