IPOH: Tatkala sebahagian besar masyarakat mengharapkan hujan ketika musim panas ini, keadaan sebaliknya berlaku ke atas penduduk perumahan Taman Chepor Impian di sini yang akan gelisah melihat awan mendung.
Hal ini kerana banjir kilat akan melanda kawasan mereka jika hujan lebat dan masalah tersebut membelenggu penduduk sejak penghujung tahun lalu.
Rata-rata penduduk percaya keadaan itu berpunca daripada kawasan luas bersebelahan tempat duduk mereka terlibat dalam projek pembinaan.
Wakil penduduk, Wan Azizan Abdul Rahman, 54, berkata, terdapat dua lorong di kawasan perumahan akan menghadapi situasi air naik sehingga merosakkan harta benda.
Beliau dan beberapa penduduk berkata, kejadian terburuk berlaku pada 30 April lalu hingga menyusahkan warga taman perumahan tersebut yang terpaksa bergegas menyelamatkan harta benda masing-masing.
“Sejak 20 tahun kami duduk di sini, ini kejadian terburuk dialami. Dalam kejadian itu, 16 buah rumah menerima kesan.
“Setiap daripada kami mengalami kerugian dan kerosakan harta benda. Ada kerugian dianggarkan mencecah RM10,000,” katanya kepada pemberita, semalam.
Dianggarkan 200 rumah terdapat di kawasan tersebut dengan penduduk di Laluan Chepor Impian 14 dan 15 merasakan kediaman mereka lebih terdedah kepada ancaman banjir kerana keadaan tanah yang landai.
Jelas Wan Azizan, penduduk telah mengemukakan permasalahan kepada pihak pemaju dan pihak berkuasa, namun mengharapkan tindakan lebih serius diambil.
Katanya, walaupun telah dilakukan beberapa halangan untuk mengawal air masuk ke kawasan perumahan, penduduk merasakan hal itu tidak mencukupi dan masih menggusarkan mereka.
“Apabila hujan lebat, kami terus bersiap sedia dan berjaga-jaga. Malah banjir yang kami hadapi ini ialah banjir lumpur,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan perincian tentang perkara tersebut daripada Majlis Bandaraya Ipoh. – UTUSAN










